Khamis, 16 Mac 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERAK



SERI ISKANDAR, 16 MAC 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Pelajaran Negeri Perak pada  15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 8 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Binti Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran


Sesi bergambar bersama peserta lawatan

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKTBN PERTAK, SELANGOR


SERI ISKANDAR, 16 MAC 2017 - Dengan kejayaan IKBN Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu IKTBN Pertak, Selangor pada 15 Mac 2017 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama. Peserta rombongan seramai 20 orang diketuai oleh Pn. Suraya Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Turut hadir sama sesi taklimat Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Khairul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar serta Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Binti Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan EKSA di tempat mereka nanti. Di akhir peserta rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran.



Lawatan di Perpustakaan


Lawatan di Makmal Server 


Lawatan di Pejabat Cawangan Pengurusan Pelajar


Lawatan di Asrama Tun Fatimah


Sesi bergambar bersama Jawatankuasa Induk EKSA dan peserta lawatan