Rabu, 30 Disember 2015

IKBN SERI ISKANDAR DIANUGERAHKAN PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU


 
SERI ISKANDAR, 22 DISEMBER 2015 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan ke arah mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar bagi menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.

         Bagi mencapai matlamat ini, IKBN Seri Iskandar telah memanggil pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) membuat audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) mengikut kriateria MAMPU pada 22 Oktober 2015 jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Pegawai Audit daripada MAMPU adalah terdiri daripada En. Ahmad Najme Bin Muhammad ( Ketua Pasukan ) dan En. Hishamuddin Bin Ahmad. Sesi taklimat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalana Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar serta En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Jawatankuasa Induk EKSA. Taklimat EKSA IKBN Seri Iskandar telah disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar dan disusuli dengan sesi soal jawab serta pemeriksaan seluruh sektor.

        Dengan semangat kerjasama seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) akhirnya IKBN Seri Iskandar telah Berjaya memperolehi pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) oleh pihak MAMPU bagi tempoh 2 tahun mulai 15 November 2015 hingga 14 November 2017. Sijil Penganugerahan EKSA ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2015 pada 18 Disember 2015